Sektor kepada sumber tenaga sebagai sumber bahan mentah dan

Sektor
perlombongan merupakan sektor yang mendapat permintaan yang banyak terhadap
minyak dan gas asli. Lokasi perlombongan bagi petroleum terletak di luar pantai
Terengganu, pantai barat Sabah, luar pantai Sarawak seperti medan petroleum
Tiong, Guntong, Tapis, dan Seligi di lombong di luar pantai Terengganu. Lokasi
perlombongan bagi gas asli pula terletak di luar pantai Terengganu, Sabah dan
Sarawak yang berhampiran dengan lokasi perlombongan petroleum. Aktiviti
perlombongan adalah ekonomi primer dan yang merupakan usaha-usaha meneroka,
cari gali dan memperolehi sumber-sumber mineral seperti perlombongan petroleum,
gas asli, bijih timah, kuprum, dan bauksit. Kaedah melombong seperti mengorek
bagi petroleum dan gas asli. Industri perlombongan merupakan ekonomi skunder
iaitu kegiatan pemprosesan dan pembuatan seperti penapisan petroleum dan gas
asli.

 

 Faktor-faktor yang menpengaruhi permintaan
terhadap minyak dan gas asli ialah, stok simpanan sumber yang banyak dapat
menentukan jangka masa operasi di samping kualiti sumber mineral yang ada. Contohnya
sumber petroleum di Malaysia berkeupayaan mengeluarkan 600 000 tong sehari dan
dijangka dapat dilombong sehingga 50 tahun lagi. Faktor yang kedua ialah, faktor
ekonomi khususnya permintaan dan harga.Harga yang tinggi akan mempengaruhi
kapasiti pengeluaran.Contohnya di pasaran dunia harga petroleum mentah Malaysia
adalah sangat tinggi iaitu US $ 30.00 setong.Di dalam negara permintaan
terhadap petroleum dan gas asli meningkat kerana perkembangan pesat sektor
perindustrian dan pengangkutan yang bergantung kepada sumber tenaga sebagai
sumber bahan mentah dan sumber kuasa.Contoh petroleum dari Malaysia yang
bermutu tinggi mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti Jepun, Korea
Selatan dan Singapura kerana kandungan sulfurnya yang rendah mengurangkan kadar
pencemaran. kemudahan infrastruktur dan prasarana. Faktor yang
ketiga ialah, kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, jalan kereta api dan
jalan air yang baik memudahkan ketersampaian ke kawasan perlombongan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Manakala
prasarana yang mencukupi seperti kemudahan pelabuhan, gudang penyimpanan dan
sebagainya membantu dalam urusan penyimpanan dan pemasaran hasil serta produk
perlombongan. Faktor yang seterusnya ialah, keupayaan modal dan
teknologi.Sumber modal akan mempengaruhi skala pengeluaran iaitu melalui
pelaburan modal asing dan pelaburan modal tempatan seperti dari sektor kerajaan
dan swasta.Contohnya, Petronas menanam modal yang besar dalam perlombongan
petroleum di Malaysia. Petronas merupakan sebuah syarikat minyak dan gas asli
sepenuhnya dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Petronas juga merupakan sebuah
syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun
2009.. Petronas menjadi sebuah syarikat perbadanan ke-13 yang paling banyak
menyumbang keuntungan di dunia dan justeru Petronas merupakan penyumbang keuntungan
yang paling banyak di Asia.

Pada
tahun 2010 – 2011, sektor perlombongan menguncup 6.6% dalam tempoh separuh
pertama 2011 (Januari – Jun 2010: 1.2%) akibat pengeluaran minyak mentah yang
lebih rendah. Penutupan beberapa pelantar minyak bagi aktiviti menaik taraf dan
penyelenggaraan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran minyak dan gas telah
menyebabkan pengurangan aktiviti sektor perlombongan dalam tempoh separuh
pertama 2011. Pengeluaran minyak dan gas dijangka kembali kepada paras normal
dalam tempoh separuh kedua 2011 setelah kerja-kerja penyelenggaraan daan baik
pulih loji siap sepenuhnya. Oleh yang demikian, sektor ini dianggar menguncup
secara perlahan 2.4% pada tahun 2011 (2010: 0.2%).     

 Manakala pada tahun 2015 – 2016, sektor
perlombongan meningkat pada kadar sederhana 1.4% dalam tempoh enam bulan
pertama 2016 disokong peningkatan semula output gas asli (Januari – Jun 2015:
7.8%). Nilai ditambah subsektor gas asli kembali pulih 1.9% disokong output
lebih tinggi, terutamanya dari medan minyak dan gas di Semenanjung dan Sabah
(Januari – Jun 2015: -1.8%). Sementara itu, nilai ditambah subsektor minyak
mentah (termasuk kondensat) meningkat marginal sebanyak 0.2% disebabkan
pengeluaran medan minyak di Sarawak yang lebih rendah (Januari – Jun 2015:
17%). Bagi keseluruhan tahun, sektor perlombongan dijangka berkembang 1.1%
(2015: 4.7%). Dipacu penegeluaran gas asli lebih tinggi berikutan peningkatan
kapasiti dengan penyambungan semula Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak serta
permulaan projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) dan LNG Train 9. Walau
bagaimanapun, pengeluaraan minyak mentah (termasuk kondensat) dijangka merosot
2.1% terutamanya disebabkan harga minyak yang kekal rendah dan peningkatan
medan minyak matang (2015: 9.8%).

Minyak dan Gas Asli serta Akaun
Kewangan Kerajaan

Pada
2014, minyak mentah yang diimport adalah RM92.5 billion berbanding dengan
jumlah yang dieskport sebanyak RM87.6 billion. Ini menunjukkan jumlah minyak yang
diimport melebihi jumlah minyak yang dieksport. kerajaan mengalami kehilangan
pendapatan dari segi import dan eksport minyak mentah dan perlu menampung
kehilangan tersebut melalui kos operasi kerajaan. Malah jika diselaraskan
dengan harga minyak semasa, perbezaan di antara pendapatan dan kos operasi
bajet sebanyak sekitar RM1.2 billion. Hampir 40% pendapatan
negara datang daripada sektor minyak dan gas. Kerajaan mendapat lebih banyak pendapatan
daripada sumber ekonomi yang lain seperti pembinaan, perbankan, perlancongan
dan perkhidmatan.

 

Pada
2016, akaun kewangan kembali pulih dengan mencatat aliran masuk bersih RM15.3
bilion (Julai – Disember 2015: -RM26.7 bilion), manakala pada suku pertama
tahun 2016, akaun kewangan mencatat aliran masuk berssih sebanyak RM5.8 bilion
(S4 2015: aliran masuk bersih RM3.9 bilion), terutamanya disebabkan oleh aliran
masuk bersih lebih tinggi bagi pelaburan langsung dan portfolio. Dalam tempoh
yang sama, sektor perkhidmatan, pembuatan dan perlombongan (minyak dan gas
asli) merupakan penyumbang utama FDI.

Subsidi terhadap Minyak dan Gas
Asli

 

Subsidi
terhadap minyak dan gas asli merupakan ciri penting instrumen dasar. Walau
bagaimanapun, apabila ekonomi-ekonomi ini menjadi lebih maju, kos untuk
mengekalkan dasar tersebut semakin mengatasi kelebihannya. Disebabkan itu, banyak
ekonomi membangun telah memulakan rasionalisasi subsidi dan pembaharuan harga. Jumlah
subsidi bagi petroleum, termasuk cukai yang dikorbankan, ialah sebanyak RM11.9
ribu juta. Jumlah ini dijangka meningkat sebnayak RM4.9 ribu juta tahun ini
sekiranya paras harga petrol dan diesel yang ada tidak dimansuhkan. peruntukan
pembangunan Negara bagi bahagian ini sahaja boleh mencapai 60 peratus.
sekiranya banyak peruntukkan daripada Petronas yang menyumbang kepada projek
pembangunan, maka lebih ramai rakyat yang berpendapatan rendah dapat merasai
faedah hasil minyak Negara berbanding pemberian subsidi yang banyak
menguntungkan rakyat yang berpendapatan tinggi.

 syarikat Petronas turut memberikan subsidi
untuk gas asli yang digunakan oleh sektor tenaga Negara. menurut laporan tahunan
kewangan berakhir pada 31 Mac 2005 sahaja, syarikat tersebut menyumbang
sebanyak RM6 ribu juta dalam bentuk subsidi untuk sektor tersebut.

 

 

 

 

 

 

Subsidi
dan kawalan harga menyebabkan penentuan harga minyak dan gas asli dengan
menurunkan harga barang dan perkhidmatan utama dalam ekonomi di bawah harga
sebenar. Keadaan ini boleh mengganggu keputusan tentang penggunaan dan
pengeluaran melalui beberapa cara, dan seterusnya menyebabkan penentuan peruntukan
sumber dalam ekonomi. Antara instrumen utama ialah penggunaan barangan
bersubsidi atau barangan harga terkawal secara berlebihan oleh isi rumah dan
juga syarikat. Sebagai contoh, penggunaan petrol per kapita di Malaysia telah
meningkat sepanjang sedekad yang lalu dan penggunaan ini adalah lebih tinggi
berbanding dengan penggunaan dalam ekonomi serantau yang lain. Bersama-sama
dengan penurunan dalam pengeluaran, peningkatan penggunaan ini telah menjadikan
Malaysia pengimport bersih produk petroleum mentah dan bertapis pada tahun
2014.

 

Selain
itu, usaha mengekalkan subsidi dan kawalan harga turut memberikan cabaran dari
segi membuat keputusan dasar awam. Meskipun kos semakin meningkat, sering kali
berlaku kesukaran dari segi politik untuk membuat pelarasan menaik terhadap
harga. Akibatnya, harga produk terkawal selalunya dibiarkan tidak berubah untuk
tempoh yang lama sehingga peningkatan kos yang ketara menyebabkan harga ini
tidak dapat dikekalkan. subsidi dan dalam sesetengah kes, kawalan harga, turut
menjadi beban kepada kerajaan. Usaha untuk mengekalkan harga sumber yang rendah
dalam keadaan harga pasaran global yang meningkat dan penggunaan yang
berlebihan oleh isi rumah dan syarikat akhirnya akan memberikan kesanterhadap
kedudukan fiskal kerajaan.

 

 

 Bagi Malaysia, subsidi untuk petrol adalah
sebanyak RM23.5 bilion atau 2.4% daripada KDNK pada tahun 2013 dan RM 21
billion bagi 2014. Jumlah ini tidak mengambil kira kos subsidi tersirat oleh perusahaan-perusahaan
awam dan kerajaan dibawah kawalan harga, sebagai contoh,pembekalan gas asli
kepada syarikat penjana elektrik