Secara dirancang dapat membentuk keperibadian pegawai dan askar laskar

Secara
umumnya latihan yang dilaksanakan bagi pegawai dan askar laskar PSSTLDM
bermatlamat agar mereka berkeupayaan untuk melaksanakan peranan dan tugas PSSTLDM.
Disamping itu juga, latihan dirancang dapat membentuk keperibadian pegawai dan
askar laskar supaya bersiap sedia dari segi fizikal mental untuk dikerah tenaga
apabila keadaan memerlukan kelak. Latihan untuk anggota sukarela hendaklah
disesuaikan dengan masa dan keupayaan anggota sukerela yang menyertainya. Oleh
itu, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan apabila sesebuah unit
PSSTLDM itu merancang sesuatu latihan itu. 
Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan
negara. Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti dilaut. Mempelajari
kepakaran baru dalam PSSTLDM. Menambah keupayaan soft skills dengan percuma.
Menambah kenalan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Berpeluang melawat pasukan
PSSTLDM diserata negara. Layak menyertai insurans berkelompok ATM. Cuti tanpa
rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi
kakitangan kerajaan sahaja). Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa
bagi mengisi perjawatan yang tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak. Layak
mendapat kemudahan membeli barangan PURNAMA. Sajian dan penginapan percuma apabila
terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi. Diberi  elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika
menghadiri latihan.

           

Sejarah
penubuhan Pasukan Simpanan Sukarela (PSSTLDM) bermula pada tahun 1934 dengan
nama Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) di Singapura oleh
kerajaan British bagi membantu mengatasi pergolakan di dalam wilayah perairan
Semenanjung Malaysia semasa Perang Dunia Kedua meletus. Pasukan ini
diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditikarkan
nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia menjelang  Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam
Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai 1430 anggota pada
tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang
angkatan Tentera Laut Malaysia telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika
Timur. Anggota-anggota ini kembali ke Malaysia apabila perang tamat.
Malangnya  disebabkan kekurangan kewangan
selepas perang Tentera Laut telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila
Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula
dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran
Diraja oleh baginda Queen Elizabath II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja
Malaysia yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah
dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958.
Serentak dengan ini  panji-panji Royal
Navy telah ditukarkan dengan Panji-Panji Persekutuan Tentera Laut Diraja
Malaysia . Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai
Tentera Laut Diraja Malaysia.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

             

Sistem
bahagian merupakan satu sistem pengurusan sumber manusia yang diamalkan di
dalam TLDM. Bagi anggota tetap TLDM di unit PSSTLDM, pelaksanaan sistem bahagian
dipertanggungjawabkan ke atas PS. Bagi anggota PSSTLDM yang dilantik PM unit
PSSTLDM pula bertanggungjawab keseluruhan pelaksanaan sistem bahagian ini di
unit masing-masing. Setiap Pegawai Bahagian hendaklah melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka mengikut BRL 1992. Bintara bahagian merupakan rantai
penghubung di antara pegawai dan askar laskar. Oleh itu , bintara bahagian
hendaklah memainkan peranannya dengan berkesan agar masalah yang dihadapi oleh
askar laskar dapat diselesaikan dengan baik. Semua pegawai dan bintara bahagian
hendaklah melaksanakan tugas mereka bagi mewujudkan persekitaran kerja yang
aman dan tenteram. Keadaan ini sudah tentu akan meningkatkan produktiviti
setiap PSSTLDM dan TLDM.

             

Warga
PSSTLDM terdiri daripada individu-individu yang mempunyai banyak kemahiran yang
berbeza, dari golongan jurutera, guru, ahli perniagaan dan pelajar sepenuh
masa. Terdapat beribu-ribu orang yang mengimbangi  kehidupan seharian mereka dengan tugas dan
tanggungjawab mereka di dalam pasukan. Menjadi warga PSSTLDM sesuai dengan
orang-orang yang mahu mengisi masa dengan aktiviti yang mencabar dan memuaskan.
Mengimbangi tugas dan tanggungjawab sebagai warga PSSTLDM, kerjaya  awam dan kewajipan terhadap keluarga di rumah
merupakan satu cabaran. Berkhidmat  dalam
PSSTLDM bermakna anda perlu memperuntukan sebahagian masa untuk latihan, jadi
hubungan yang fleksibel dan jujur dengan majikan anda adalah penting. Sebagai
balasan mereka akan mempunyai pekerja bermutu dan berdedikasi yang berusaha
untuk memenuhi cabaran di tempat kerja.

             

Perbarisan
Tempatan bermaksud latihan mingguan yang dilaksanakan di unit PSSTLDM di dalam
jangka masa tidak kurang daripada 2 jam dan tidak melebihi 12 jam sehari.
Pegawai Memerintah unit PSSTLDM dengan kelulusan MkTL Bahagian Pasukan Simpanan
TLDM akan menetapkan hari dan masa yang bersesuaian untuk dipilih sebagai hari
dan masa latihan di unit masing-masing. Sajian akan disediakan bagi latihan
yang melebihi 10 jam sehari. Latihan berterusan iaitu pengajaran atau latihan
sambil kerja secara berterusan di dalam jangkamasa tidak kurang daripada 72
jam. Latihan ini tidak menyebut had tempoh maksimum hari latihan yang boleh
dilaksanakan. Oleh itu, MkTL Bahagian Pasukan Simpanan TLDM bertanggungjawab
mengawal dan memberi kelulusan pelaksanaan latihan ini. Kem tahunan adalah
latihan yang dikendalikan secara berterusan bagi satu tempoh tidak melebihi 15
hari. Sajian juga disediakan disepanjang tempoh latihan dilaksanakan. Latihan
ini boleh dikendalikan oleh unit PSSTLDM setelah mendapat kelulusan daripada MkTL
Bahagian Pasukan Simpanan TLDM.

             

Latihan
yang boleh dibenarkan dalam ketika latihan berterusan merupakan latihan yang
dirancang oleh pasukan untuk sesuatu kumpulan atau individu tertentu yang
difikirkan perlu menjalani latihan lanjutan secara berterusan dalam tempoh
tidak kurang dari 72 jam bagi satu jangkamasa yang ditetapkan. Latihan ini
mestilah mempunyai objektif yang perlu dicapai. Latihan ini biasanya merupakan
latihan kolektif di kapal, latihan terhadap pelajaran yang ketinggalan atau
tidak dapat diajar dalam perbarisan tempatan, latihan-latihan yang perlu
diulangi untuk mencapai tahap kemahiran atau latihan persediaan untuk
menghadapi sesuatu kursus. Anggota-anggota yang akan mengikuti latihan ini
ditentukan oleh jurulatih setelah membuat penilaian pencapaian seseorang itu
dan bukan sesiapa sahaja yang ingin mengikutinya. Oleh itu kehadiran untuk latihan
berterusan sudah dipastikan terlebih dahulu dan hanya anggota berkenaan sahaja
akan hadir.

             

Penderaan
atau “ragging” merupakan budaya dari barat dan tidak harus diamalkan
di dalam TLDM. Semua peringkat anggota TLDM dan PSSTLDM tidak dibenarkan
melaksanakan apa saja  bentuk penderaan
sama ada secara fizikal atau mental. Sesiapa sahaja yang didapati melakukannya
akan didakwa dan jika didapati bersalah maka perkhidmatannya akan ditamatkan.  Penugasan yang boleh digunakan adalah yang
munasabah dan demi kepentingan perkhidmatan. Penugasan yang bukan untuk
kepentingan perkhidmatan atau bolehdijalankan oleh anggota tetap dalam pasukan
tidak akan dibenarkan. Penugasan boleh di buat secara individu atau secara
berkumpulan akan tetapi penugasan itu perlu berterusan tidak kurang dari 72
jam. Ini memberi maksud bahawa penugasan individu atau kumpulan adalah
berterusan siang dan malam di dalam tempoh 72 jam. Pemberian elaun dan saguhati
kapada pegawai dan askar laskar Simpanan Simpanan Sukarela Tentera Laut adalah
sebagai pengiktirafan kepada komitmen mereka dasar penetepan perkara ini adalah
seperti termaktub di dalam Territorial Arni (Pay and Attowance)Rules 1959 dan
Report Of The Official On The Salaries And Terms And Conditions Of Servise Of
The Malaysia Armed Forces (laporan JKK Pertama).  Setiap komitmen pegawai dan anggota PSSTLDM
akan diberi imbuhan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti
elaun latihan, tempatan, elaun latihan lanjut, elaun latihan perkhemahan
tahunan, elaun sagu hati (bounty), elaun pakaian seragam apabila ditauliahkan,
elaun pakaian istiadat sekiranya memohon,pakaian dan peralatan asa ketenteraan
secara percuma, pengangkutan, sajian dan penginapan percuma semasa menghadiri
latihan.

           

Latihan
yang diberi kepada pegawai dan askar laskar PSSTLDM dirangka berdasarkan
peranan dan tugas mereka telah ditetapkan oleh perkhidmatan seperti termaktub
di dalam bab 2. Latihan pada waktu luar kerja bagi mereka dalam kerja shif,
menjalankan latihan di tempat yang sesuai bagi kebanyakan anggota sukarela ,
jurulatih hendaklah pergi ketempat latihan 
dan bukan anggota sukarela pergi ke tempat jurulatih dan latihan
dirancang tidak membebankan anggota sukarela atau majikan. Peranan dan
tugas-tugas yang akan dimainkan oleh mereka 
semasa diperlukan. Mestipun peranan dan tugas mereka telah ditetapkan
oleh perkhidmatan. Setakat ini unit-unit Simpanan Sukarela yang terdiri
daripada unit-unit PSSTLDM bertauliah terdiri daripada KD SRI MANJUNG, KD SRI
MEDINI, KD SRI KLANG, KD SRI PINANG dan KD SRI LIKAS. Enam unit  Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) iaitu
PSTL Setiu, PSTL Kuantan, PSTL Kuching, PSTL Labuan, PSTL Sandakan dan PSTL
Tawau. Lapan unit Markas PALAPES Laut iaitu Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi
MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Utara Malaya (UUM), Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UMT) dan yang terbaru Universiti Malaya
Sabah (UMS). Empat unit PLAS iaitu Politeknik Sultan Abdul Aziz, Politeknik
Johor Bharu, Institut Kemahiran MARA Manjung, Politeknik Matang, Kucing serta
satu unit Pakar (Limbongan).

 

            Disamping
itu juga TLDM mempunyai satu unit Kapal Auxiliary TLDM iaitu Bunga Mas 5 (BM5)
yang mana kesemua pegawai dan anak-anak kapal terdiri daripada Malaysia
Internasional Shipping Corporation (MISC) yang diserapkan sebagai pegawai dan
anggota PSSTLDM. Pendekatan pengoperasian kapal auxiliary TLDM yang
dikendalikan oleh anggota PSSTLDM merupakan satu usaha perkongsian ATM dengan
MISC dalam isu yang melibatkan kepentingan negara. Sebagai  Bakal Pegawai PSSTLDM, mereka perlu melaksanakan
latihan asas untuk tempoh 2 tahun. Latihan Bakal Pegawai PSSTLDM dilaksanakan
mengikut Skim Pegawai Kadet TLDM. Latihan dibahagikan kepada 6 fasa iaitu 3
fasa setahun, fasa 1,2,4, dan 5 dilaksanakan diunit sendiri, manakala Fasa 3
dan 6 di KD SULTAN IDRIS 1, Pangkalan TLDM Lumut dan kapal-kapal TLDM. Kesemua
mereka perlu lulus setiap fasa dinyatakan bagi melayakkan untuk ditauliahkan.

             

Palapes-Laut
perlu menjalani latihan asas untuk tempoh 3 tahun. Tahun pertama mereka akan
diberi pangkat sebagai Pegawai Kadet (PK) dan Pegawai Kadet Kanan (PKK), pada
tahun 2 dan 3. Mereka juga akan menjalani latihan selama 6 fasa sama seperti
Bakal Pegawai PSSTLDM. Perbezaannya, mereka menyelesaikan semua fasa dalam
tempoh 2 tahun sebelum layak ditauliahkan. Perajurit Muda PSSTLDM dan PLAS-Laut
pula perlu menjalani latihan asas untuk tempoh 6 bulan. Latihan Asas Perajurit
Muda PSSTLDM dibahagikan kepada 4 fasa. Keseluruhan latihan akan dikendalikan
di unit-unit PSSTLDM termasuk 2 minggu di Pusat Latihan PSSTLDM di KD SRI
PINANG. Mereka perlu lulus kursus asas ini sebslum layak diberi pangkat Laskar
Muda PSSTLDM. Selain dari Latihan Asas yang perlu ditempuhi, pegawai dan askar
laskar Simpanan Sukarela TLDM perlu mengikuti 3 jenis latihan iaitu Perbarisan
Tempatan, Latihan Berterusan dan Kem Tahunan.

             

Pegawai
dan askar laskar PSSTLDM  yang berasal
dari Sabah atau Sarawak sahaja layak menerima BIS apabila dikerah untuk
bertugas sepenuh masa atau apabila menerima gaji mengikut kadar Angkatan Tetap
semasa menjalani latihan dengan syarat ia ditukarkan atau dihantar  keluar untuk bertugas (posted/detached for
duty) di Semenanjung atau berkhidmat di atas kapal distesenkan untuk bertugas
di peraian Semenanjung.  Elaun yang
dibayar untuk gantiantambang pengangkutan pergi dan balik ke tempat latihan
semasa menghadiri  perbarisan tempatan.
Seseorang pegawai dan askar dan laskar PSTLDM yang menggunakan kenderaan
sendiri layak dibayar  pada kadar yang
ditetapkan. Tambang pengangkutan, seseorang pegawai atau askar laskar
PSTLDM  yang nenggunakan pengangkutan
awam semasa menghadiri latihan layak dibayar tambang sebenar bas, keretapi  dan feri bagi perjalanan pergi balik. Setiap
anggota PSSTLDM  perlu menjalani latihan
Rekrut iaitu Perajurit Muda selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan
Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda.

             

Pengeluaran
sumber manusia dikala terdesak (perang dan sebagainya), tetapi ianya juga
meliputi satu langkah, cara dan platfom bagi negara memupuk semangat rakyatnya
cintakan negara. Realitinya anggota PSS ini sangat bangga menjadi sebahagian
daripada warga TLDM. Mereka menyertai PSS kerana ingin turut sama
bertanggungjawab mempertahankan negara walaupun diberi peranan skunder.
Pemantapan seseorang PSS untuk setanding dengan anggota tetap, memerlukan ilmu
dan pendedahan yang semestinya menuntut komitmen yang tidak berbelah bagikepada
anggota itu sendiri, pasukan yang menaungi dan cawangan yang menggubal dasar,
mengawal selia untuk latihan, sukakan pelajaran dengan menganalisis
keberkesanan dokrin, konsep dan teknik latihan anggota PSS sesuai dengan
perolehan semasa aset dan kelengkapan TLDM. Untuk menentukan pasukan ini secara
persediayaan insentif perlu digerakkan dengan penambahbaikan pembangunan
prasarana dan tempat yang lebih sistematik kemudian disusuli dengan latihan
serta pangkalan dan kapal perang sebenar sekerap yang mungkin untuk kesiagaan
yang khusus bagi sesuatu kapakaran yang menjurus kepada matlamat dan tugas
untuk PSS yang akan datang. Dengan harapan, suatu masa yang diperlukan kelak,
pasukan ini boleh berdikari dan boleh digerakkan bersama angkatan tetap.

               

Bagi
pengambilan anggota baru sebaiknya kriteria yang mesti diambil kira oleh sel
pengambilan ialah berdasarkan kemudahan seseorang calon untuk menghadirkan diri
di dalam latihan dan setiap aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun dengan
mewajibkan setiap calon membawa dokumen pelepasan dari majikan yang membenarkan
beliau untuk aktif dalam latihan. Selain itu mewujudkan aktiviti dua hala
antara unit PSS dan majikan anggota dengan mengadakan aktiviti pelayaran
menembak dan sebagainya di samping memberi kredit kepada majikan/firma yang
banyak memberi pelepasan untuk aktiviti pekerjanya. Hakikatnya, di samping
menunjukkan perubahan ke arah penambahbaikkan, semua lapisan anggota PSS
terlebih dahulu mesti bersedia dan menyediakan diri sendiri ke arah yang lebih
positif untuk kecemerlangan diri dengan komitmen yang tinggi kepada pasukan.
Slogan SEDIA BERKORBAN tidak semudah diucapkan dan bukan hiasan untuk disemat,
tetapi menuntut anggotanya berkorban apa saja demi agama dan tanahair yang
tercinta. Semoga dengan adanya PSSTLDM sebagai barisan kedua pertahanan negara
akan lebih terkawal dan selamat.