Realitinya telah dinyatakan, peranan Suruhanjaya Pilihan (SPR) wajar ditingkatkan

Realitinya proses
pilihanraya di Malaysia masih belum mencapai kesempurnaan dari segi teori dan
perlaksanaannya. Kelemahan – kelemahan yang wujud di dalam sistem pilihanraya
atau elektoral ini menimbulkan ketidakadilan kepada pihak – pihak yang lain
terutama pihak pembangkang yang berperanan sebagai check and balance kerajaan Malaysia. Masih ramai yang kurang
mempercayai pemimpin – pemimpin kerajaan yang pada pandangan pihak pembangkang
bersikap tidak telus dan menjaga kepentingan sendiri. Kepimpinan kerajaan
dikritik kerana wujudnya pelbagai isu yang menyebabkan mereka dituduh sebagai
penyebab kepada kelemahan sistem pilihanraya di Malaysia. Sistem First Past The Post telah lama diguna
pakai di negara ini dan juga negara-negara di luar. Hal ini menunjukkkan bahawa
sistem First Past The Post masih
boleh diterima pakai dalam sistem pilihan raya di malaysia. Walau bagaimanapun
bukan sesuatu yang mudah untuk memuaskan hati semua parti politik yang
bertanding dalam pilihan raya. Setiap parti politik yang bertanding sering kali
menyalahkan sistem yang diguna pakai apabila mereka tewas atau kalah dalam
pilihan raya.

Sepatutnya setiap parti
politik atau calon yang tidak berpuas hati dengan sist First Past The Post ini mencadangkan perkara ini ke badan yang
bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pilihan Raya. Justeru itu pihak yang
bertaggungjaawab dalam proses pilihan raya di malaysia dapat membuat
penambahbaikkan dan kajian yang lebih terperinci terhadap sistem pilihan raya
yang dilaksanakan di negara ini. Jika dilihat secara keseluruhan sistem
elektoral secara First Past The Post
lebih mudah dilaksanakan di negara ini dan tidak banyak kelemahan Cuma perlu di
beri penambahbaikkan. Saban tahun selepas selesainya sesuatu pilihan raya
kedengaran suara-suara dari parti politik yang tumpas tidak berpuas hati
terhadap keputusan pilihan raya dan menyalahkan sistem pilihan raya yang
dilakukan di Malaysia, namun mereka gagal memberi serta menunjukkan sebarang
bukti yang kukuh tentang kegagalan sistem First
Past The Post. Seperti yang telah dinyatakan, peranan Suruhanjaya Pilihan
(SPR) wajar ditingkatkan supaya dapat memperbaiki kelemahan – kelemahan yang
tampak ketara di mata rakyat. Sudah tiba masanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
bertindak sepertimana misi yang telah menjadi pegangan suruhanjaya tersebut
iaitu mendukung sistem demokrasi berparlimen dan menjamin hak rakyat untuk
memilih wakil mereka. Sehubungan dengan itu, suruhanjaya tersebut perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani kelemahan yang terdapat
dalam sistem elektoral di Malaysia. Dengan cara yang demikian permasalahan yang
timbul sepanjang tempoh pilihanraya di lakukan dapat diselesaikan. Hasilnya
dapat mengurangkan rasa tidak puas hati di kalangan para pro parti pembangkang
dan kepemimpinan mereka.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Boleh dikatakan semua warganegara Malaysia terutamanya
para pengundi mendambakan proses sistem First
Past The Post atau pilihanraya dapat dijalankan secara telus, adil dan
teratur. Selama ini kita masih mendengar tentang kritikan yang dilemparkan oleh
kebanyakan pihak setiap kali bermulanya pilihanraya sehinggalah ianya selesai
bak kata pepatah ‘rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’. Oleh sebab itulah,
pihak – pihak yang berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) khususnya
mencari alternatif penyelesaian terhadap kelemahan  – kelemahan yang wujud di dalam proses sistem
First Past The Post selama ini. Jika
tidak, makin ramai rakyat Malaysia yang akan terus mengkritik dan lebih teruk
lagi jika ada yang berani memulau proses pilihanraya yang akhirnya akan
merugikan semua pihak. Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab Suruhanjaya
Pilihanraya memastikan proses pilihanraya dan sistem yang diguna pakai tiada
masalah serta kelemahan yang boleh dijadikan suatu usul pertikaian oleh parti-parti
politik yang bertanding. Kelemahan dalam sistem pilihanraya boleh memberi impak
negatif yang besar terhadap negara