Pembedahan yang dihadapi. Penyelidikan dan eksperimen semasa sedang giat

Pembedahan
robotik merupakan teknik yang menggunakan mekanikal dan kawalan lengan komputer
bagi melaksanakan sesuatu operasi pembedahan. Ia memberi kelebihan dari segi
akses minimal terhadap pembedahan laparoskopik juga ketepatan dalam pembedahan
terbuka.

 

                Daripada konsep asal ‘master and
sleeve’ teknologi ini memaksimumkan kebolehan dan keupayaan teknologi robotik
yang melampaui batas manusia. Ia mempunyai tangan robotik tambahan yang dikawal
oleh pakar bedah secara autonomi, dalam pelbagai darjah kebebasan ‘wristed’
artikulasi, 3D visualisasi berdefinisi tinggi dengan persepsi kedalaman kamera
stereo optik ergonomik yang stabil dalam ruang kecil yang tertutup, turut dapat
mengurangkan penggunaan tenaga manusia, bertujuan memelihara kualiti dan hasil
kerja seterusnya mencapai pembedahan yang berjaya. Teknologi ini sangat mesra
pesakit, pakar bedah dan sumber manusia dalam sistem penjagaan kesihatan moden
walaupun terdapat beberapa cabaran yang dihadapi. Penyelidikan dan eksperimen
semasa sedang giat dijalankan untuk maju ke tahap seterusnya dalam bidang
pembedahan robotik ini. Dalam perspektif penjagaan kesihatan di rantau Asia, ia
memainkan peranan penting , menyumbang kepada input perkhidmatan klinikal dan
penyelidikan untuk perkembangan masa depan yang lebih baik. Ia juga bertujuan
menghubungkan pembedahan konvensional terbuka kepada pembedahan kurang invasif
yang moden dan canggih. Kemajuan integrasi teknologi perkakasan, perisian dan
reka bentuk baru seperti teknologi nano-robotik, hybrid augmented virtual
reality, kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan banyak lagi boleh
memberi kesan sinegistik dan meningkatkan aplikasi pembedahan robotik pada masa
akan datang. Secara keseluruhan, idea memperbanyakkan sistem pembedahan robotik
humanoid merupakan idea yang baik bagi memenuhi keperluan kedua-dua pihak, baik
kepada pesakit mahupun pakar bedah untuk mencapai objektif yang diharapkan pada
akhirnya.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

                Robot
yang digunakan dalam pembedahan, kelihatan seperti sebuah set tuil (Rajah) yang
dipasang pada kekakinya. Setiap tuil itu membawa instrumen dan dipasangkan
dihujungnya seperti juga manusia yang mana terdapat tangan di hujung lengan
untuk melaksanakan kerja-kerja pergerakan. Lengan pakar bedah hanya dua, dan
tiap satu hanya mempunyai satu tangan. Manakala robot pula, boleh ada lima ke
sepuluh lengan ditambah dengan lebih daripada satu tangan dihujungnya.
Instrumen di hujung lengan tersebut merupakan alat yang kecil dan tepat,
bertindak sebagai pengepit, gunting, malahan boleh bergerak seperti ular.
Hujung lengannya mampu berpusing dan berputar seperti pergelangan tangan
manusia; cuma ia mampu berputar dengan lebih ‘versatile’ berbanding tangan
manusia. Satu dua lengan robot ini akan memegang kamera dan cahaya. Setiap
tangan atau instrument akan dipasang kan tuil pada hujungnya, menembusi kulit
manusia melalui lubang kecil seperti dalam prosedur laparoskopik. Ketua pakar
bedah mengawal robot melalui isyarat elektrik. 
Pakar bedah akan duduk di konsol berdekatan, melihat keadaan pembedahan
pada screen dihadapannya lalu mengerakkan instrumen pada lengan robot seperti
alat kawalan ‘joystick’ yang terdapat pada konsol. Isyarat daripada konsol ke
robot haruslah cepat dan tangkas supaya tidak berlaku kelewatan antara
pergerakan tangan pakar bedah dan juga respon robot. Kelajuan isyarat
bergantung pada isyarat jalurlebar: semakin besar jalurlebar semakin cepat
penghantaran isyarat dapat dijalankan.

                Sungguhpun
namanya begitu futuristik, pembedahan robotik tidak dilakukan oleh jenis Data karakter
dari filem Star Trek. Sebaliknya, pembedahan robot meletakkan komputer sebagai
pengantara antara pakar bedah dan alat operasi pembedahan pada pesakit.
Pembedahan robotik menggabungkan kemajuan terkini dalam robotik,
pengkomputeran, dan pengimejan perubatan. Sememangnya, pembedahan robotik telah
menjadi berita utama di dada-dada akhbar juga di laman sosial.

                Menurut
artikel BusinessWeek 2005, kira-kira 20,000 prosedur dilakukan menggunakan
pembedahan robotik pada tahun 2004, berbanding dengan hanya 1,500 prosedur pada
tahun 2000. Pembedahan robotik telah menjadi salah satu bidang pembedahan
kurang invasif yang luas. Pembedahan kurang invasif (minimally invasive surgey,
MIS), yang juga dikenali sebagai pembedahan endoskopik atau pembedahan lubang
kunci, telah diperkenalkan sejak tahun 1987. Pembedahan endoskopik menggunakan
pemotongan dan alat kecil pada hujung tiub, bersama-sama dengan kamera untuk
melaksanakan pembedahan. Tetapi pembedahan endoskopik masih memerlukan pakar bedah
memanipulasikan dan menggerakkan alat tersebut secara langsung.

                Dengan
ini pembedahan robotik mengambil beberapa langkah ke hadapan berbanding
meninggalkan pembedahan laparoskopik dan endoskopik. Dengan sistem pembedahan
robotik, juga dikenali sebagai pembedahan dibantu komputer, pakar bedah tidak lagi
perlu memindahkan instrumen endoskopik secara langsung dengan tangan sendiri.
Sebaliknya, pakar bedah hanyan prlu duduk di konsol beberapa kaki dari meja
operasi dan menggunakan joystick untuk mengawal pergerakan. Mereka melaksanakan
pembedahan dengan membimbing pergerakan lengan robotik dalam proses yang dikenali
sebagai tele-manipulasi. Sistem Pembedahan Robotik da Vinci adalah sistem robot
pertama yang diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) untuk membantu
pembedahan.

                Pembedahan
sistem da Vinci merupakan teknologi paling maju yang pernah dicipta oleh
manusia pada abad ini. Pembedahan sistem da Vinci ini telah dilaksanakan dalam
pelbagai jenis pembedahan. Teknologi ini sangat membantu mengurangkan saiz luka
bedah lalu jangka masa penyembuhan luka turut dapat dipercepatkan. Seorang ibu
yang menjalani pembedahan robotik ini dapat menjaga dan mengambil anak daripada
sekolah selepas 1-2 minggu setelah menjalani pembedahan tanpa perlu melalui 6-7
minggu tempoh penyembuhan biasa, sekiranya menjalani jenis pembedahan yang
tidak menggunakan teknologi ini.

                Sistem
da Vinci juga dapat membantu pakar bedah menghapuskan kesan tangan yang
terketar-ketar semasa menjalankan pembedahan, sekaligus mengurangkan
risiko-risiko yang berkemungkinan akan berlaku semasa mahupun selepas
pembedahan. Menurut Dr. Lazzaro, ketua pakar bedah thoraks dari Northwell
Health, New York, pembedahan robotik dapat memaksimakan kebolehan seorang pakar
bedah melaksanakan pembedahan dengan jayanya.

                Pembedahan
yang menggunakan teknologi robotik ini merupakan pembedahan yang sangat detail
dan teliti sehinggakan, boleh menjahit kulit anggur lalu dapat mencantumkannya
semula seperti sediakala. Setiap jahitan dapat dilaksanakan dengan tepat pada
ketebalan sehingga sekecil millimeter ukuran. Alat  yang digunakan terdiri daripada 4 lengan
robot interaktif bertindak menyerupai tangan manusia, membolehkan ia
dibengkokkan, dipusing dan bergerak 360 darjah pada semua arah yang berbeza. Ia
turut dilengkapi dengan penglihatan optik visualisasi yang unggul dan jelas.

                Hari
ini kita dapat lihat revolusi perkembangan sistem da Vinci daripada model yang
pertama hinggalah model yang paling terbaru. (Gambar prof andee tunjuk dlm ws)